takut dan harap itu adalah laksana sayap yang dipakai oleh para ahli muqarrabin (orang-orang yang terdekat dengan ALLAH). keduanya adalah laksana kenderaan yang membawa mereka untuk melintasi berbagai-bagai halangan dan rintangan menuju kejalan akhirat.
Hakikat Harap
orang yang mempunyai hati yang jernih dan bersih adalah sentiasa berharap pada ALLAH swt untuk mendapat keampunannya. mereka mengibaratkan dunia ini ibarat ladang keampunannya. mereka mengibaratkan dunia ini ibarat ladang tanaman bagi akhirat, sebab hati itu ibarat bumi dan iman pula ibarat benih yang disemai di atas bumi, sedang amal taat pula ibarat tanah yang dipajak dan dibersihkan.
iman itu tidak berguna dengan hati yang busuk, akhlak yang buruk dan samalah dengan benih yang tidak boleh tumbuh di tanah gersang.
oleh yang demikian, kita membandingkan dengan harapan seseorang hamba terhadap pengampunan ALLAH swt itu dengan harapan seorang peladang yang menanam tanamannya dan berharap kesuburan tanaman itu dan memberikan penghasilan yang baik.
harapan yang hakiki itu ialah dengan cara menunggu yang diingini setelah diaturkan segala sebab musababnya, terlebih dahulu termasuk dibawah kuasa ikhtiar kita sendiri dan mengharap kepadaNya.
firman ALLAH swt :
"Diwajibkan ke atas kamu berperang sedangkan ia dibenci oleh kamu. Mudah-mudahan apa yang kamu benci adalah baik bagi kamu dan apa yang kamu sukai adalah buruk bagi kamu. ALLAH Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
( Al-Baqarah:216 )
Hakikat Takut
sifat takut itu ibarat semacam pedih yang menikam di dalam hati dan terbakar disebabkan oleh tibanya sesuatu perkara yang tidak diingini.
adapun takut kepada ALLAH taala itu, adakalanya dengan mengenal Zat ALLAH swt dan mengenal sifat-sifatNya dan bahawasanya jika ALLAH menghendaki dihancur leburkan alam ini serta dengan isinya hingga tiada seorang pun dapat melawan kudratNya. dan takut kerana banyak dosa kepada ALLAH iaitu dengan menginsafi dirinya oleh kerana terlampau banyaknya dosa dan memahami dengan mendalam tentang kuasa ALLAH.
manusia yang paling takut kepada ALLAH ialah manusia yang mengenal akan dirinya dan mengenal akan zatNya.
sabda Rasulullah saw :
" Sebenarnya akulah orang yang paling takut kepada ALLAH."
firman ALLAH swt :
"Sesungguhnya orang-orang yang paling takut kepada ALLAH adalah hamba hambaNya yang
berilmu."
No comments:
Post a Comment