" Wahai orang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya dan kamu berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan tubuh badan kamu. Itulah yang sebaik-baiknya bagik kamu, jika kamu mengetahui."
( Surah As-Saff : Ayat 10-11 )
berjihad ertinya berjuang dengan cara yang bersungguh-sungguh demi untuk mempertahankan, menyebarkan, melaksanakan serta mengamalkan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
jihad seperti ini merupakan satu janji yang telah dimeterai antara orang mukmin dan mukminat dengan ALLAH swt sepertimana yang telah diterangkan dalam ayat diatas.
jihad itu pula dituntut dalam bentuk harta, tubuh badan dan lisan.
jihad dengan lisan kadang-kadang dilakukan dalam bidang pelajaran dan pendidikan, kadangkala dilakukan dalam bidang dakwah, adakalanya dalam bidang politik, manakala jihad dengan tubuh badan itu dilakukan di medan perang.
Jihad dalam Pendidikan
ALLAH swt berfirman :
" Tidaklah harus bagi orang mukmin keluar ke medan perang kesemuanya. (Malah) hendaklah ada daripada tiap-tiap kumpulan itu satu puak yang mempelajari ilmu pengetahuan Islam secara mendalam manakala pulang nanti mereka memberi peringatan kepada kaumnya semoga mereka itu berjaga-jaga (daripada melakukan sesuatu yang dilarang ALLAH)."
( Surah At-Taubah : Ayat 122 )
ayat ini mewajibkan orang mukmin mempelajari ilmu pengetahuan. Nabi saw bersabda :
"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Jihad dalam Medan Dakwah
berjihad dalam medan dakwah bermaksud menyampaikan Islam dan menegakkan hujjahnya ke atas orang kafir, munafik dan fasik. hal ini hendaklah dilakukan oleh muslimin dan muslimat. Rasulullah saw bersabda :
" diingatkan seseorang muslim tidak dapat menjalankan kerja dakwah ini melainkan dia sendiri telah memahami Islam dengan sebaik-baiknya dan dakwah itu boleh dilakukan melalui pelbagai uslub. antaranya ialah menyebarkan kitab-kitab, majalah-majalah, risalah-risalah, ceramah-ceramah dan forum."
Jihad dalam Bidang Politik
jihad dalam bidang politik pula dilakukan dengan cara yang berlainan bergantung kepada keadaan tertentu. ini kerana, keadaan adalah berlainan khususnya bergantung kepada kerajaan di mana seseorang itu berada. adakalanya dia berada dibawah kerajaan Islam yang adil, ada ketikanya dia berada di bawah kerajaan Islam yang menyeleweng dan kadangkala dia berada di bawah kerajaan bukan Islam.
: sesungguhnya setiap muslim itu adalah da'ie. sampaikanlah walau sepotong ayat...
No comments:
Post a Comment