.: | LIFE is either a daring adventure or nothing | moga ALLAH redha | :.
http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

This is Me ..

My photo
ALLAH memilih kita untuk menerima kesusahan, supaya suatu saat kita boleh menyuarakan "Kekuasaan" ALLAH.. | hanya hamba hina, yang masih mencari cinta teragung, cinta sempurna.. cinta ALLAH |

Tuesday, March 27, 2012

Remaja Soleh : Syarat Suatu Perkara Menjadi Ibadah



1. Niat kerana ALLAH.

setiap amalan yang dilakukan tanpa niat kerana ALLAH maka amalan tersebut hanya sia-sia sahaja dan tidak dikira sebagai satu amalan yang diikhtiraf oleh ALLAH kerana niat adalah teras kepada ibadah. niat kerana ALLAH lah menjadikan ayam yang disembelih boleh dimakan, jika berlaku sebaliknya makan sembelihan itu akan menjadi bangkai. belajar kerana ALLAH akan mendapat pahala, tetapi jika kerana sijil tidak dikira ibadah.

2. Perkara yang dibenarkan oleh syarak.

walaupun niat kerana ALLAH swt, tetapi amalan yang dilalukan jika bertentangan dengan agama akan menjadi haram. seperti seorang yang bekerja di kilang arak dengan niat untuk menyara hidup keluarganya sebagai menunaikan kewajipan kerana agamanya maka perkara ini tidak diikhtiraf oleh ALLAH swt kerana 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

3. Semua amalan mesti mengikut peraturan yang ditentukan.

amal ibadah tidak sah sekiranya bercanggah dengan peraturan yang ditentukan oleh ALLAH. contohnya solat zuhur 4 rakaat, tawaf haji 7 kali tidak boleh diubah mengikut sesuka hati manusia sahaja kerana menyebabkan amalan itu tidak sah.

4. Ibadah khusus tidak boleh diabaikan.

amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dinamakan ibadah sekiranya mengabaikan amalan fardhu. contohnya seorang peniaga mengabaikan solat fardhu maka perniagaan itu tidak menjadi satu ibadah. belajar sampai larut malam sehingga terlepas solat subuh juga tidak termasuk dalam perkara ibadah.


: sempurnakan yang wajib terlebih dahulu, baru dilakukan perkara-perkara sunat ... =)
♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

No comments:

copyright by Azwani | Mencari Cinta Teragung