Assalamualaikum...
saye nak share something ni, note ni di kopi teh dari salah 1 page yang saye like kat fb..
note ni pasal sifat2 calon suami yang baik..
* hamboii. mentang2 da p kursus kawen, ang asek nak buat entry pasai kawen je naa..
bukan ape, saje nak berkongsi dengan korang sume.
setiap perempuan mesti nakkan suami yang baik kan ? =)
oke.. ni point2 die. sama2 kita take note eh.. baca, paham dan hadam..
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

tapi untuk dapatkan yang baik2 macam tu,
diri sendiri kena perbetulkan dulu rite ??
jangan asek mencari si soleh/solehah, tetapi berusahalah untuk menjadi seorang yang soleh/solehah..
tak dinafikan, ade yang cakap bukan senang nak jadi soleh/solehah, tapi tak mustahil kan ?
andai usaha dari diri sendiri itu ada, tak mustahil untuk kita berubah kearah yang lebih baik..
mana mungkin orang lain mampu menjadikan kita solehah melainkan dengan keizinan Allah setelah melihat usaha kita yang bersungguh-sungguh berusaha ke arah yang lebih baik. usaha tu yang penting, selebihnya
tawakkaltu'alallah.. semoga dipermudahkan segala urusan.. dan yang paling penting, niatkan perubahan kita itu semata2 hanya kerana ALLAH. bukan kerana mahu mendapatkan pasangan yang soleh/solehah.. bila segala2nya kita lakukan hanya kerana ALLAH, pasti ALLAH akan pertemukan kita dengan hal2 yang terbaik..
firman ALLAH s.w.t :
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."~an-Nuur;26
percayalah pada janji-janji Nya.. sesungguhnya janji ALLAH itu pasti =)
wassalam.. ~
:: Carilah PASANGAN hidupmu, yang mana jika engkau melihatnya..engkau pasti akan TERINGAT pada ALLAH serta bercita-cita ke arah memperbaiki IMANMU kepada ALLAH..
Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu yang jika engkau melihatnya..engkau pasti MELUPAI ALLAH dan engkau terpedaya dengan HAWA NAFSU malah mengingatinya telah MELALAIKANMU dari bercita-cita memperbaiki imanmu
No comments:
Post a Comment