.: | LIFE is either a daring adventure or nothing | moga ALLAH redha | :.
http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

This is Me ..

My photo
ALLAH memilih kita untuk menerima kesusahan, supaya suatu saat kita boleh menyuarakan "Kekuasaan" ALLAH.. | hanya hamba hina, yang masih mencari cinta teragung, cinta sempurna.. cinta ALLAH |

Thursday, September 13, 2012

Take Note



Assalamualaikum wbt 






Pakaian menentukan "first impression" orang dekat kita. 







♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Diam Itu Mengundang Seribu Kebaikan


Assalamualaikum wbt .. 



Manis bicara indah tutur kata 
Tak seindah rupa pengertiannya 
Lembutnya lidah mengata nista 
Lidah yang tiada bertulang 
Mengadu domba 
Serta memfitnah sesama saudara 

Terkadang aku berfikir sendirian 
Perlukah amarahku dibiar terus menyala 
Membakar membara dengan rasa bangga 
Mencela mereka dengan kata-kata 

Kata ibarat pedang 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan 
Kata-kata yang berhikmah 
Menyedarkan kita 

Kata madah pujangga 
Bisa menjadi pedoman manusia 
Jagalah bahasa kata kita 
Jangan disalah guna 

Yang merah itu saga 
Yang kurik itu kendi 
Yang indah itu bahasa 
Yang cantik budi pekerti 

Terkadang aku mentaksir manusia 
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati 
Mencerca, menghina, dustanya bicara 
Menyusun nista dengan kata-kata 

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata buruk padahnya 
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata hilang percaya 
Hilang percaya... 

Bicara Kata : In Team 





"Semakin banyak bicara semakin berpeluang tergelincir niat dan kata, akan semakin jadi dosa, mengeraskan hati, dan menjadikan diri semakin jauh dari Allah."






: Hati-hati bila berbicara, jangan sampai mengundang dosa. Dari berkata yang dusta, lebih baik diam berpahala.






♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Thursday, July 19, 2012

Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan



Assalamualaikum wbt..






‎"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al Baqarah:183)

Nabi bersabda : “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah:"Saya berpuasa, saya berpuasa.” 
(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Allahumma ballighna Ramadan. Ya ALLAH, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.



#Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ! ♥




: ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna.





♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Tuesday, July 10, 2012

Guide Me All The Way


Assalamualaikum wbt ..







: ahlan wasahlan ya Ramadhan.. 10 hari lagi .. =)





♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Sunday, July 8, 2012

Dakwah Itu Bukan Mudah


Assalamualaikum wbt ..




sungguh, aku terkesan dengan kata-kata Ust Emran Ahmad yang aku retweeted dari Twitter.

nak ajak orang ke arah kebaikan tak semudah A B C dan D. ya, tak semudah itu.
sedangkan Nabi SAW pun mengambil masa bertahun-tahun untuk berdakwah, apalagi kita insan biasa ni.

moga kita terus istiqomah dalam usaha mengajak diri sendiri dan orang lain ke arah yang lebih baik. mohon kepada ALLAH swt agar diberikan kekuatan dan keikhlasan hati dalam meneruskan usaha-usaha ini. insyaALLAH. 



: Ramadhan bakal tiba, beberapa hari lagi =)




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Friday, April 27, 2012

a day to go -28 April 2012






gelombang kuning bakal melanda Malaysia, dan seluruh dunia sehari saja lagi..


pengakuan ikhlas : 
sesungguhnya hati ini sedang hebat memberontak untuk pergi.. 
pergi menyertai gelombang kuning. 
tapi apakan daya, niat di hati tak seiring dengan redha ibu bapa.. 
kebetulan clash tarikh dengan ujian medsi.. memang rasa nak nanges sepanjang hari..


nasihat dari seorang sahabat :
awlawiyat .. utamakan yang lebih utama..


kata-kata dari hati :
redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa.. 
jangan sesekali buat sesuatu benda yang tidak diiringi dengan redha ibu bapa diatasnya .
baiklah .. ~


- semoga ALLAH merahmati usaha kalian -




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Thursday, April 12, 2012

mari bersyukur !


Assalamualaikum wbt ..


kadang-kadang, dalam hidup ini ALLAH sengaja mempertemukan kita dengan insan-insan yang serba kekurangan supaya kita sedar dan bersyukur dengan kelebihan/nikmat yang kita ada sebab kita ni kadang-kadang tak pernah sedar dan mungkin susah nak sedar barangkali dengan apa yang kita miliki. 


jadi, pandanglah apa yang kita ada, kerana itu mengajar kita untuk sentiasa bersyukur..
jangan dipandang pada apa yang kita tidak ada, takut-takut nanti kita jadi kufur.


sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, sebab itu apa yang kita mahu kita tak dapat dan apa yang kita tak mahu itu yang kita dapat .. aturan ALLAH itu yang paling baik rite ?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. "
(al-Baqarah 2/216


till then, sama-sama lah kita belajar untuk sentiasa mensyukuri nikmat ..

alhamdulillah ... =)





♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

copyright by Azwani | Mencari Cinta Teragung