.: | LIFE is either a daring adventure or nothing | moga ALLAH redha | :.

Followers

This is Me ..

My photo
ALLAH memilih kita untuk menerima kesusahan, supaya suatu saat kita boleh menyuarakan "Kekuasaan" ALLAH.. | hanya hamba hina, yang masih mencari cinta teragung, cinta sempurna.. cinta ALLAH |

Wednesday, March 28, 2012

- dear Muslimah -


take note .



tutuplah aurat mu wahai sahabat .

kerana saya sayang akan anda anda dan anda .. <3





♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Tuesday, March 27, 2012

Remaja Soleh : Remaja dan Perjuangan

ALLAH swt berfirman dalam Al-Quran :

" Wahai orang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya dan kamu berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan tubuh badan kamu. Itulah yang sebaik-baiknya bagik kamu, jika kamu mengetahui."
( Surah As-Saff : Ayat 10-11 )

berjihad ertinya berjuang dengan cara yang bersungguh-sungguh demi untuk mempertahankan, menyebarkan, melaksanakan serta mengamalkan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
jihad seperti ini merupakan satu janji yang telah dimeterai antara orang mukmin dan mukminat dengan ALLAH swt sepertimana yang telah diterangkan dalam ayat diatas.

jihad itu pula dituntut dalam bentuk harta, tubuh badan dan lisan.
jihad dengan lisan kadang-kadang dilakukan dalam bidang pelajaran dan pendidikan, kadangkala dilakukan dalam bidang dakwah, adakalanya dalam bidang politik, manakala jihad dengan tubuh badan itu dilakukan di medan perang.

Jihad dalam Pendidikan

ALLAH swt berfirman :
" Tidaklah harus bagi orang mukmin keluar ke medan perang kesemuanya. (Malah) hendaklah ada daripada tiap-tiap kumpulan itu satu puak yang mempelajari ilmu pengetahuan Islam secara mendalam manakala pulang nanti mereka memberi peringatan kepada kaumnya semoga mereka itu berjaga-jaga (daripada melakukan sesuatu yang dilarang ALLAH)."
( Surah At-Taubah : Ayat 122 )

ayat ini mewajibkan orang mukmin mempelajari ilmu pengetahuan. Nabi saw bersabda :
"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam."
(Riwayat Al-Baihaqi)


Jihad dalam Medan Dakwah 


berjihad dalam medan dakwah bermaksud menyampaikan Islam dan menegakkan hujjahnya ke atas orang kafir, munafik dan fasik. hal ini hendaklah dilakukan oleh muslimin dan muslimat. Rasulullah saw bersabda :

" diingatkan seseorang muslim tidak dapat menjalankan kerja dakwah ini melainkan dia sendiri telah memahami Islam dengan sebaik-baiknya dan dakwah itu boleh dilakukan melalui pelbagai uslub. antaranya ialah menyebarkan kitab-kitab, majalah-majalah, risalah-risalah, ceramah-ceramah dan forum."

Jihad dalam Bidang Politik

jihad dalam bidang politik pula dilakukan dengan cara yang berlainan bergantung kepada keadaan tertentu. ini kerana, keadaan adalah berlainan khususnya bergantung kepada kerajaan di mana seseorang itu berada. adakalanya dia berada dibawah kerajaan Islam yang adil, ada ketikanya dia berada di bawah kerajaan Islam yang menyeleweng dan kadangkala dia berada di bawah kerajaan bukan Islam.


: sesungguhnya setiap muslim itu adalah da'ie. sampaikanlah walau sepotong ayat...
♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Remaja Soleh : Syarat Suatu Perkara Menjadi Ibadah



1. Niat kerana ALLAH.

setiap amalan yang dilakukan tanpa niat kerana ALLAH maka amalan tersebut hanya sia-sia sahaja dan tidak dikira sebagai satu amalan yang diikhtiraf oleh ALLAH kerana niat adalah teras kepada ibadah. niat kerana ALLAH lah menjadikan ayam yang disembelih boleh dimakan, jika berlaku sebaliknya makan sembelihan itu akan menjadi bangkai. belajar kerana ALLAH akan mendapat pahala, tetapi jika kerana sijil tidak dikira ibadah.

2. Perkara yang dibenarkan oleh syarak.

walaupun niat kerana ALLAH swt, tetapi amalan yang dilalukan jika bertentangan dengan agama akan menjadi haram. seperti seorang yang bekerja di kilang arak dengan niat untuk menyara hidup keluarganya sebagai menunaikan kewajipan kerana agamanya maka perkara ini tidak diikhtiraf oleh ALLAH swt kerana 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

3. Semua amalan mesti mengikut peraturan yang ditentukan.

amal ibadah tidak sah sekiranya bercanggah dengan peraturan yang ditentukan oleh ALLAH. contohnya solat zuhur 4 rakaat, tawaf haji 7 kali tidak boleh diubah mengikut sesuka hati manusia sahaja kerana menyebabkan amalan itu tidak sah.

4. Ibadah khusus tidak boleh diabaikan.

amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dinamakan ibadah sekiranya mengabaikan amalan fardhu. contohnya seorang peniaga mengabaikan solat fardhu maka perniagaan itu tidak menjadi satu ibadah. belajar sampai larut malam sehingga terlepas solat subuh juga tidak termasuk dalam perkara ibadah.


: sempurnakan yang wajib terlebih dahulu, baru dilakukan perkara-perkara sunat ... =)
♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Remaja Soleh : Takut dan Harap kepada ALLAH


takut dan harap itu adalah laksana sayap yang dipakai oleh para ahli muqarrabin (orang-orang yang terdekat dengan ALLAH). keduanya adalah laksana kenderaan yang membawa mereka untuk melintasi berbagai-bagai halangan dan rintangan menuju kejalan akhirat.

Hakikat Harap

orang yang mempunyai hati yang jernih dan bersih adalah sentiasa berharap pada ALLAH swt untuk mendapat keampunannya. mereka mengibaratkan dunia ini ibarat ladang keampunannya. mereka mengibaratkan dunia ini ibarat ladang tanaman bagi akhirat, sebab hati itu ibarat bumi dan iman pula ibarat benih yang disemai di atas bumi, sedang amal taat pula ibarat tanah yang dipajak dan dibersihkan.

iman itu tidak berguna dengan hati yang busuk, akhlak yang buruk dan samalah dengan benih yang tidak boleh tumbuh di tanah gersang.

oleh yang demikian, kita membandingkan dengan harapan seseorang hamba terhadap pengampunan ALLAH swt itu dengan harapan seorang peladang yang menanam tanamannya dan berharap kesuburan tanaman itu dan memberikan penghasilan yang baik.

harapan yang hakiki itu ialah dengan cara menunggu yang diingini setelah diaturkan segala sebab musababnya, terlebih dahulu termasuk dibawah kuasa ikhtiar kita sendiri dan mengharap kepadaNya.

firman ALLAH swt :

"Diwajibkan ke atas kamu berperang sedangkan ia dibenci oleh kamu. Mudah-mudahan apa yang kamu benci adalah baik bagi kamu dan apa yang kamu sukai adalah buruk bagi kamu. ALLAH Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
( Al-Baqarah:216 )

Hakikat Takut 

sifat takut itu ibarat semacam pedih yang menikam di dalam hati dan terbakar disebabkan oleh tibanya sesuatu perkara yang tidak diingini.

adapun takut kepada ALLAH taala itu, adakalanya dengan mengenal Zat ALLAH swt dan mengenal sifat-sifatNya dan bahawasanya jika ALLAH menghendaki dihancur leburkan alam ini serta dengan isinya hingga tiada seorang pun dapat melawan kudratNya. dan takut kerana banyak dosa kepada ALLAH iaitu dengan  menginsafi dirinya oleh kerana terlampau banyaknya dosa dan memahami dengan mendalam tentang kuasa ALLAH.

manusia yang paling takut kepada ALLAH ialah manusia yang mengenal akan dirinya dan mengenal akan zatNya.

sabda Rasulullah saw :

" Sebenarnya akulah orang yang paling takut kepada ALLAH."

firman ALLAH swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang paling takut kepada ALLAH adalah hamba hambaNya yang 
berilmu."






♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Remaja Soleh : Usrah


Usrah = keluarga. 
Ikatan yang wujud antara ahli-ahli berasaskan akidah Islam, ukhwah fillah dan amal Islami. Merupakan ikatan yang menjadi penggerak kepada sesebuah gerakan Islam dan institusi tarbiah yang berkesan untuk melatih ahli dengan sifat-sifat kepimpinan dan pengorbanan yang tinggi untuk Islam.

Usrah bukan semata-mata majlis ilmu, bahkan adalah medan untuk merapatkan ukhwah serta mewujudkan keselarasan fikrah dan amal antara anggota. Usrah juga berperanan sebagai nadi jemaah.

Rukun Usrah

1. Taaruf iaitu saling kenal-mengenali secara mendalam daripada awal usrah secara berterusan.
2. Tafahum iaitu setiap ahli perlu cuba sedaya upaya untuk memahami sahabat-sahabat yang lain dengan menghindari sifat-sifat mazmumah.
3. Takaful iaitu saling bantu-membantu dan mengambil berat antara satu sama lain dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.



: mari berusrah dan rasai kemanisannya ... =)







♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Saturday, March 24, 2012

24|03|12





The best love is when you love someone who makes your imaan rise.. 
.
.
.
.
.

Because that person wants to meet you again in Jannah (Syurga). 







♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Thursday, March 22, 2012

mengenaliMu ya ALLAH



Mengenali-Mu, ya Allah
Rasa-rasanya makin merindu
Yakin - itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku
Kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Dan matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan .


Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makin mendalam
Sudah kuterima kenyataan
Bahawa alam jagat dan
Seluruh makhluk ini
Ada yang menjadikan


Ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang.
Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
Nama-Mu sentiasa
Di bibirku dan degup jantungku
Sentiasa mengingati-Mu
Adalah tandaku dalam ikatan-Mu


Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagat-Mu
Bergerak, berkerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan
Insan dan umat-Mu
Nama-Mu terasa terus
Menjadi sebutan
Degup hatiku.


Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
Inayah-Mu, ya Allah

Maka aku sentiasa mengigati-Mu

Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh satu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.


Maka tahu aku, ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan nafas
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan.


- Mahsuri S.N -




: pertama kali dengar sajak ni dekat radio ikim.. serious tersentuh.. bergetar hati dan jantung.. subhanallah.. Maha Suci ALLAH ..




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Wednesday, March 21, 2012

mujahadah itu pahit




- hanya kasihMu yang ku harapkan -


Andai mujahadah ini mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andai mujahadah  ini singkat,
Pasti ramai yang istiqamah,

Andai mujahadah  ini,
Menjanjikan kesenangan dunia,
Pasti ramai tertarik padanya,

Tapi…
Hakikat mujahadah  bukan begitu,
Turun naiknya, 
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga,

Andai rebah…
Bangkitlah semula
Andai terluka…
Ingatlah janjiNYA..

InsyaAllah, diri akan sentiasa tenang 
Jua redha dengan apa jua yang menimpa.
kerana..
ada BAHAGIA buat kita 'di sana'... 




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Saturday, March 17, 2012

17 March 2012

Assalamualaikum...


alhamdulillah.. finally, i'm at home sweet home setelah hampir 3jam perjalanan.. =)

actually, aku baru balik dari setapak, kolumpo menghadiri ujian kompetensi felcra berhad with
kakak2 tersayang *kak ani dengan kak ekin
aku p 16March 2012.. *sehari je punn...

so far ujian tu not bad lah... soalan permulaan agak mudah sebab dia tanya soalan berkaitan 
felcra dan aku pun ada study hard pasal felcra tu.. duk hapai sana sini sampai terbawak2 dalam tidur.. 
jadi agak mudah untuk jawab.. itu makan dia.
*thanks to kakak2 sebab banyak tolong saya.. muah3 !! =)

lepas jawab soalan berkaitan felcra, ada pulak soalan sejarah.. jenuh la duk kerah otak ni suruh berfikir bila masanya negara ASEAN ditubuhkan.. adodoiii.. nasib baik ada jawapan a, b, c, dan d.. jadi pilih lah jawapan mana ikut suka.. heheheee...

yang paling tak boleh terima soalan last2 tu.. berkaitan mathematics ! 
banyak pulak tu dia suruh aku kira.
memandangkan aku dah lama meninggalkan dan agak alergik dengan dunia nombor2 tu jadi agak lombap jugak lah nak jawab walaupun dengan bantuan mesin kira2 sebab kalau tak taw formula pun tak guna jugak kehadiran mesin kira2 tu... soalan ada 50 dan kena jawab dalam masa 1 jam. #haruslah redha.

dan ada jugak lah soalan yang merepek2 dan tak masuk akal dia tanya, sampai mampu buat aku gelak dalam dewan tu.. ini dia rupanya soalan ujian saringan.. dorang akan tanya macam2 even tak masuk dek akal pun.. mungkin nak tengok tahap IQ kita dan mungkin jugak EQ. hehehee.. 

lepas ujian ni kena tunggu pulak result dia, if lulus baru dipanggil untuk temuduga dan if lulus 
temuduga baru dorang buat lantikan pekerja tetap..
aku tak nak mengharap sangat dapat kerja ni.. 
nanti jadi sesuatu yang tak diharapkan tak da lah aku frust tertonggeng2..
 if dapat, alhamdulillah.. 
if tak dapat pun alhamdulillah jugak.. heheee
ALLAH know best !


ok till then.. 



: kolumpo mean kuala lumpurrrr .......
: mesin kira2 tu dalam bahasa omputih, bahasa melayunya kalkulatorr....*hanya yang memahami akan benar-benar merasa.kikiki.
#haruslah sambung tidur.. cover balik tidur malam tadi yang terganggu effect dari hapai menghapai fakta. 




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Thursday, March 15, 2012

speechless

Assalamualaikum ..



kadang2 ada benda yang kita nak ceritakan dan kongsikan dengan orang lain, tapi kesudahannya kita kehilangan kata2 untuk diperkatakan.. mungkin takda words yang sesuai untuk digunakan barangkali.. dan benda ini selalu terjadi pada aku. huihuihui.. speechless and out ~


oh ya.. aku baru balik dari jalan2 di sekitar darul aman dan juga pulau langkawi !
puas hati sebab dapat borong coklat daim. my fev 1 choco. hihihiii
dan sememangnya aku bukan jenis yang suka upload gambar. bergambar itu mungkin... 
jadi harapan setinggi gununglah nak tengok aku upload gambar2 percutian disini.


esok atau lusa pulak maybe aku akan berangkat ke setapak, kolumpo..
ada ujian kompetensi sebelum melayakkan aku dipanggil untuk temuduga jawatan penolong eksekutif pentadbiran at felcra berhad. *kerani cabok je punn.. nama je gempak
doakan saya ya !! heee =)




: kali ini bersama header baru yang agak tah pape. hilang punca kreatif kali ni. dan sememangnya saya bukanlah seorang yang kreatif .............




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

copyright by Azwani | Mencari Cinta Teragung