.: | LIFE is either a daring adventure or nothing | moga ALLAH redha | :.
http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

This is Me ..

My photo
ALLAH memilih kita untuk menerima kesusahan, supaya suatu saat kita boleh menyuarakan "Kekuasaan" ALLAH.. | hanya hamba hina, yang masih mencari cinta teragung, cinta sempurna.. cinta ALLAH |

Friday, January 20, 2012

PSIS




view dari tasik yang super owsem tu. 


view dari atas..  yang kubah biru tu Pusat Islam PSIS..
dekat belakang tu laut.. =)

tulisan cacing yg banyak nyusahkan bdk2 DSK dari sem 1 -  sem 2. .
tapi bila da sem 4 masing2 da laju da guris benda ni =)


my classmate wif our pA ^^,



ok.. kalo da buat entry macam ni bermakna aku memang tengah ingat-ingatan kat tempat ni..
dalam erti kata lain - RINDU-

rindu time jalan2 kat tasik yang 'super owsem' tu
rindu time p kelas sesama/beramai2
rindu time p Pusat Islam
rindu time jalan2 kat pantai belakang psis tu
rindu time tidoq lewat beramai2 sebab siapkan assignment
rindu time gaduh2
rindu time makan sesama
rindu time gelak guling2 tak ingat dunia
rindu time 1klas buat bbq dengan our pA
dan macam2 lagi lahh.. rindu dengan semua tu..

tempat ni lah banyak ajar aku macam2..
thanks PSIS =)
walaupun tempat ni jauh di ceruk dunia,
*orang panggil tempat jin bertendang
aku tetap akan ingat tempat ni sampai bila2.. 
mula2 kena campak ke tempat gini, memang lah taknak, rasa tah pape je tempat ni.. da lah jauh dari bandar, dari shopping complex tu semua.. nak keluar ke bandar ambil masa dlm sejam.. kena naik kereta sewa yang tah pape a.k.a serupa nak runtuh dan bapak mahal pulak tu dia charge.. memang tak best langsung.. tapi bila da lama2, da pandai serasikan diri dengan tempat ni, barulah kita dapat rasa value dia.. ada sebab kenapa kena campak ke tempat macam tu.. dan disebabkan kena campak ke ceruk dunia ni lah, ramai kawan2 aku mula untuk berubah dari kurang baik, kepada yang lebih baik.. ubah cara hidup, ubah cara berpakaian.. tak terkecuali diri aku.. hehe.. itulah hikmahnya kenapa kena campak kat tempat jin bertendang ni.. cuba kalau kena campak ke tengah2 bandar nun, aku rasa susah sikit lah nak merasai erti perubahan tu.. 


suka dengar lagu ni sambil tengok laut kat belakang psis tu..
hari2 duk ulang lagu ni, sampaikan roomate aku hampir nak muntah sebab 
asek kena dengar lagu yang sama hari2.. sorry eh sis nadeghah... hehehe.



: yang berlalu takkan mungkin berulang.. 
: kenangan dan pengalaman tak boleh dijual beli.. takda jual pun kat mana2 kedai and supermarket.. kenangan dan pengalaman diperolehi dengan cara kita sendiri merasai setiap saat yang berlalu tu..
: menanti2 bilakah web psis nak umumkan tarikh sebenar konvo.. da tak sabar nak jejakkan kaki ke sana semula dan paling tak sabar nak jumpa kawan2 yang semakin hari semakin menggila di fesbuk...hehehe =) 




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Wednesday, January 18, 2012

why complicate life ?

tengok benda ni ..



keep it simple silly... hehe

tak menahan dengan point no.8..
cakap senang, bila nak buat ketor abeh lutut.. heh.
dok rok chetong kata orang ganu..





♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Tuesday, January 17, 2012

done .. !

Assalamualaikum.. 





akhirnya selesai jugak aku isi borang upu tu..
hampir berminggu2 aku duk fikir nak ambik kos apa, walaupun dalam kepala otak ni memang da target 1 kos dah.. tapi kena jugak ada backup kos.. yelah, aku berminat sangat dengan kos kaunseling.. tapi bole go ke dengan lulusan diploma sains kesetiausahaan aku tu.. macam tak kena je kan..

tapi bila tengok balik syarat kelayakan dia, insyaALLAH bole dapat kot..
harap sangat dapat kos kaunseling tu, sebab aku rasa itu salah satu cabang untuk aku capai impian yang aku impikan sesangat tu.. hehe. hope so... sekarang ni serahkan segalanya kepada sebaik2 Perancang..

but, if aku dapat kos pembangunan sumber manusia or pentadbiran korporat tu,
aku rasa maybe aku kena .....

ok takpe, tunggu dan tengok je apa akan jadi nanti, ALLAH da tetapkan rezeki untuk setiap hambaNya.. kalau itu yang dah tersurat untuk aku, just learn to accept it.. mungkin itu yang terbaik.. ada sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat.. ALLAH know best =)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)




: sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin... =)



♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Friday, January 13, 2012

bukan hanya mimpi

Assalamualaikum... salam Jumaat yang penuh barakah =)


baru2 ni aku ada terbaca updates seorang pakar motivasi kat FB..  permulaan tahun baru hari tu dia nyatakan kat fb impian dan harapan dia.. yang buat aku tertarik ialah beliau tak kisah andai orang lain kasi feedback yang negatif pasal impian dia tu.. * impian aku, suka hati akulah nak buat apa pun..=)

antara impian dia yang aku ingat is dia nak menjelajah negara asean. kemudian, seorang kawan dia komen, offer penginapan secara percuma untuk beliau and bakal zaujah bila dorang sampai di sepanyol nanti..
woww !!
impian ke 2 dia, nak memiliki bmw320i.. sebaik saja beliau letak impian tu kat public tiba2 kawan dia call and tawarkan kereta tu dengan harga 1/5 daripada harga asal.. wahhh !! ajaib bukan.. ?

sesuatu yang boleh aku ambil dari cerita di atas is, tell others about your dreams and be proud of it !
jangan pernah takut a.k.a malu untuk menyatakan impian, harapan dan cita2 kita pada orang lain sebab meluahkan keinginan kita merupakan usaha untuk kita menuju ke arah impian kita tu. there is one law about that.. mungkin juga, lepas kita nyatakan impian kita pada orang lain, dorang boleh bantu kita untuk capai impian tu.. kuasa ALLAH siapa yang tahu rite ??

ada 1 video yang dikongsikan oleh beliau dan aku pun jadi tertarik untuk dikongsikan kat sini..




mungkin pada awalnya orang akan tersenyum dan gelakkan kita, but then bila kita usaha sungguh2 untuk mendapatkannya 1 hari nanti giliran kita pulak tersenyum sebab kita dapat capai apa yang kita impikan..

suka dengan quote ni 


: fitrah insani, setiap jiwa itu mempunyai impian dan mimpi2 yang tersendiri.. 
yang membezakan ialah cara kita nak gapai dan realisasikan impian tu..

: hakikatnya semua orang boleh meluahkan keinginan dan impian masing2, tapi perlu ada usaha kearah 'impian' itu.. jangan terlalu mengharap dan terus menunggu dan tertunggu.

Satu rahsia untuk memastikan impian anda menjadi kenyataan ialah : "Membayangkan kejayaan anda!"
nothing impossible in this world, rite ? ^^,

p/s : bila ada someone datang kat kita, and bagitau tentang impian dan cita2 dia, jangan pulak kita gelakkan dia, memperlekehkan impian dia, sebaliknya kasi kata2 semangat dan bangga dengan impian dia tu.. be a positive role model.. kalau taknak orang buat sesuatu yang -ve kat kita, kita terlebih dulu jangan buat -ve kat orang. peace with imaan.. =)




♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

- like it -















♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

copyright by Azwani | Mencari Cinta Teragung