.: | LIFE is either a daring adventure or nothing | moga ALLAH redha | :.

Followers

This is Me ..

My photo
ALLAH memilih kita untuk menerima kesusahan, supaya suatu saat kita boleh menyuarakan "Kekuasaan" ALLAH.. | hanya hamba hina, yang masih mencari cinta teragung, cinta sempurna.. cinta ALLAH |

Thursday, October 20, 2011

pertanyaan dari kita, jawapan dari Nya

Assalamualaikum...


SOALAN 1

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)



SOALAN 2

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah:111)



SOALAN 3

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran:200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)



SOALAN 4

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran:139)



SOALAN 5

KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)



SOALAN 6

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)



SOALAN 7

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)





:: ALLAH sebaik2 pertolongan. ketahuilah, hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang..
:: serahkan segala2nya kepada ALLAH, sebaik2 perancang dan yang Maha Mengetahui segalanya..
:: ALLAH know best =)

♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Monday, October 17, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Assalamualaikum...


saye nak share something ni, note ni di kopi teh dari salah 1 page yang saye like kat fb..
note ni pasal sifat2 calon suami yang baik..
* hamboii. mentang2 da p kursus kawen, ang asek nak buat entry pasai kawen je naa..
bukan ape, saje nak berkongsi dengan korang sume. 
setiap perempuan mesti nakkan suami yang baik kan ? =)


oke.. ni point2 die. sama2 kita take note eh.. baca, paham dan hadam..




Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




tapi untuk dapatkan yang baik2 macam tu, 

diri sendiri kena perbetulkan dulu rite ??

jangan asek mencari si soleh/solehah, tetapi berusahalah untuk menjadi seorang yang soleh/solehah..

tak dinafikan, ade yang cakap bukan senang nak jadi soleh/solehah, tapi tak mustahil kan ?

andai usaha dari diri sendiri itu ada, tak mustahil untuk kita berubah kearah yang lebih baik..

mana mungkin orang lain mampu menjadikan kita solehah melainkan dengan keizinan Allah setelah melihat usaha kita yang bersungguh-sungguh berusaha ke arah yang lebih baik. usaha tu yang penting, selebihnya 
tawakkaltu'alallah.. semoga dipermudahkan segala urusan.. dan yang paling penting, niatkan perubahan kita itu semata2 hanya kerana ALLAH. bukan kerana mahu mendapatkan pasangan yang soleh/solehah.. bila segala2nya kita lakukan hanya kerana ALLAH, pasti ALLAH akan pertemukan kita dengan hal2 yang terbaik.. 
firman ALLAH s.w.t :

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."~an-Nuur;26

percayalah pada janji-janji Nya.. sesungguhnya janji ALLAH itu pasti =)

wassalam.. ~



:: Carilah PASANGAN hidupmu, yang mana jika engkau melihatnya..engkau pasti akan TERINGAT pada ALLAH serta bercita-cita ke arah memperbaiki IMANMU kepada ALLAH..
Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu yang jika engkau melihatnya..engkau pasti MELUPAI ALLAH dan engkau terpedaya dengan HAWA NAFSU malah mengingatinya telah MELALAIKANMU dari bercita-cita memperbaiki imanmu



♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Monday, October 10, 2011

motivator..

Assalamualaikum...


sejak beberapa hari ni, asek terpikir and perasaan ni membuak2 nak jadi motivator..
atau dalam melayunye pakar motivasi. kikiki..


macam lawak je kan, sesuai ke dengan saye ni ??
dah la tak reti nak siyes, ade hati nak jadi pakar motivasi..


sebenarnya, dari zaman otak obor2 (zaman kanak2) lagi da teringin nak jadi motivator..
tapi mase tu angan2 mat jenin je, cita2 zaman kanak2 kan..macam2 cita2 ada..
nak jadi yang gah2 je.. pilot lah, peguam lah, pramugari lah, hakim pun ade.. 
dan bila da besar sikit, cita2 tu dilupekan sebab dah asek dengan cinta2.. 
tu zaman dulu2 lah, sekarang dah tak da lagi.. heheee =)


then, bila saye da masuk poli, and ambik kos setiausaha lagi lah jauh dari bidang motivator tu..
jadi saye padamkan angan2 jadi motivator, dan bina balik impian untuk jadi seorang 
s/u kepada sorang bos di sebuah kompeni yang besar.. 
*wahhh. tempat pun tanak kalah tu..


tapi, bila saye p latihan industri (LI), saye buat latihan kat satu tempat ni..
yang menjalankan program2 motivasi ni lah.. buat kem2 untuk student2.. 
saye d suruh jadi facilitator untuk program2 tu.. walaupun tak pernah kasi talk kat umum tapi rase seronok lah.. berhadapan dengan adik2 yang baru nak kenal erti kepayahan hidup.. 
yang baru nak kenal erti usaha untuk capai kejayaan..
dari situ berputik kembali lah impian saye mase muda2 dulu..


seronok sebenarnya jadi motivator ni, tumpahkan ilmu2 yang ada.. 
dalam masa yang sama boleh berdakwah.. 
and pahala pun berterusan taw. tu yang untungnya.. dapat buat kebaikan kat atas dunia 
and at the same time buat bekalan untuk akhirat.. =)


but nak jadi motivator kena penuh ilmu d dada dulu kan.. macam mane nak kasi motivasi kat orang lain kalau diri sendiri pun masih kurang ilmu dan kurang bermotivasi.. tapi orang tua2 cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan.. usaha untuk kumpul dan cari ilmu dari sekarang.. insyaALLAH.. ade rezeki saye kat bidang tu, ade lah nanti.. 


harapan saye, kalau tak dapat jadi motivator, jadi s/u kepada motivator pun ok jugak..
kalo ade program2 motivasi macam tu bole jugak join kan.. hehe ^^,



ok dadaa.. ~


:: ni antara pakar2 motivasi + pendakwah yang saya admire. suka dengan cara penyampaian mereka.. berhemah dan sangat memberi kesan =)


Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Ustazah Fatimah Syarha


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah

:: ramai lagi pakar2 motivasi yang best2, nak muat masuk dalam ni macam terlalu banyak pulak rasenye.. =)






♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Wednesday, October 5, 2011

emosi malam khamis

Assalamualaikum...


see the title of this entry ?? yes, i'm in a bad emotion rite now..
semuanya disebabkan benda ni..
.
.
.



see ? macam2 pandangan dari para artis ni kan?
salah satunya yang buat aku tertarik komen dari heliza.. 
die cakap : "mungkin di negara arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya disini, pasti ramai tak dapat terima. bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini  "

yes. memang mereka sudah biasa mengamalkannya, tapi dari mula mungkin tak berapa biasa kan??
macam tu jugak kalau dilaksanakan kat malaysia ni, mungkin awal perlaksanaan hukum tu kita tak biasa, tapi lama kelamaan ianya akan menjadi biasa.. 

"perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini.. ".. 
jadi nak cakap yang hukum hudud yang diperintahkan dari ALLAH ni da tak relevan lah diguna pakai dalam zaman serba moden ni ?? silap tu.. sebenarnya Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman, tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam. Islam hendak disesuaikan dengan zaman, maka zaman orang bertelanjang, Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang, zaman orang merompak, Islam mesti sesuai dengan perompak. Tak boleh islam disesuaikan dengan zaman. Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam. kalau Islam tunduk kepada zaman, zaman hancur, Islam pun akan hancur. kita nak ke tengok Islam yang susah payah ditegakkan oleh Nabi SAW hancur disebabkan zaman ?? nauzubillah..

macam ni lah jadinya bila hal2 berkaitan hukum agama di tanya kepada orang2 yang masih jahil tentang agama.. aku heran, kenapa wartawan tu persoalkan hal ni pada artis ?  kenapa wartawan tu tak tanya direct pada ustaz2 n ulama2 yang ada kat malaysia ni.. kalo soalan ni dituju pada orang2 yang lebih arif bab2 agama, kompem segala persoalan yang kita tak tau terjawab.. kalo dah d tanya pada para artis, takut2 nanti yang jahil bertambah jahil.. jawapan yang dikasi enot tu pun da buat orang pelik dan tertanya2, zina hukumnya sula ke ? aik ?? nak gelak ke nak kesian kat die ni.. aku rase die ni terpengaruh dengan citer semerah padi kot.. 


hemmm.. bagi aku hukum hudud ni memang patut dijalankan kat malaysia ni..
dapat lah kurangkan sikit kes2 zina yang makin berleluasa di kalangan orang2 melayu + beragama Islam..

oke tu je nak gebang.. 

semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan, rahmat dan kasih sayang Nya.. ameen..


daaaa.. ~



: aku suka dengan status kak wardina ni : " Nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal. "


:: kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..
:: kalau takut kena sebat, potong tangan dll, jangan buat jenayah2 yang sememangnya dilarang dalam Islam.. tu je caranya.. jadi bagi aku hukum hudud ni tak salah diadakan kt msia ni.. kalau kita tak buat salah, buat ape nak takut kan ?
:: maaf, jika ada yang fikir saye ingin berpolitik kat sini, tidak sama sekali, dan rase2nye tade kaitan langsung entry ni dengan politik. saye hanya mahu menegakkan hukum ALLAH, yang semakin dipinggirkan dan diketepikan.. jangan sampai ALLAH murka dengan kita dan turunkan bala yang tidak mampu untuk kita tanggung..
:: i'm admit yang saya ni bukan pandai sangat bab hukum hakam agama, tapi dengan sedikit ilmu yang ada, tak salah rasenye di kongsikan bersama.

♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

Saturday, October 1, 2011

welcome October !

Assalamualaikum...


most welcome October !



today is 1 October rite ?

rasa2 baru lagi masuk tahun 2011, baru lagi menjalani rutin2 hidup di bulan Januari, Februari, Mac, April,
May, Jun, Julai, Ogos, September and now dah pun masuk bulan Oktober !
cepatnye masa berlalu meninggalkan kite tanpa kite sedar..kan ?

oke ape yang paling aku suka pasal bulan Oktober ni ialah....
pada bulan ni lah saya dilahirkan di muka bumi ni..
tanggal 11 Oktober 1991..
bermulalah perjalanan hidup saya sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta, seorang anak kepada ayah dan emaknya, seorang adik kepada seorang kakak, seorang kakak kepada 3 orang adik
* paham tak ayat ni ?? hehe.. seorang kawan, sahabat, teman kepada kawan sahabat dan teman yang lain, seorang pelajar kepada sebuah sekolah @ institusi, dan yang terbaru menjadi seorang bakal pekerja kepada majikannya.. insyaALLAH..

tade benda nak citer pun pasal kedatangan bulan 10 ni..
cuma aku ada sedikit harapan....
: semoga bulan Oktober ni lebih baik dari bulan2 sebelumnya..
: semoga bertambah2 rezeki pada bulan ni

tu je..

oke babai....



:: good bye September.. semoga bertemu lagi ditahun yang akan datang.. ameen..



♥ .. Thank You, Syukran, Terima Kasih Sudi Lawat Sini .. ♥

copyright by Azwani | Mencari Cinta Teragung